Tahniah untuk Harimau Muda Malaysia !
Salam hormat,
Syukur Alhamdulillah, tahniah dan terima kasih Harimau Muda!
Kemenangan menafikan keinginan tuan rumah untuk memperoleh kejuaraan berganda (Juara Keseluruhan Sukan SEA dan Juara Bola Sepak Sukan SEA) dengan merebahkan Garuda Muda yang tersungkur di gelanggang mereka sendiri, menakluki pingat emas Bola Sepak Sukan SEA ke-26, dan mengekalkan kejuaraan yang disandang di Laos dua tahun lalu sesungguhnya merupakan kenangan amat manis dan gandaan rasa gembira yang sukar terungkapkan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Terbukti sudah bahawa Gelora Bung Karno bukan lagi gelanggang keramat pasukan Indonesia.
Apabila Harimau Muda menjinakkan Garuda Muda 1-0 di peringkat kumpulan A, meski terkedu bagaikan tidak percaya, mereka masih ingin menafikan kemampuan Malaysia dan menepis igauan buruk kekalahan itu dengan ungkapan bahawa Indonesia tidak menurunkan kesebelasan utamanya.
Malam tadi, mendepani pasukan kesebelasan utama mereka, Harimau Muda Malaysia mampu terus mengaum dengan rasa bangga di setiap minit pertarungan berlangsung. Meski ketinggalan dengan 1 gol, Harimau Muda Malaysia gah beraksi untuk menyamakan kedudukan menjadi 1-1 (jaringan Mohd. Asraruddin Putra Omar) pada babak pertama, mengekalkan kedudukan seri itu di babak kedua dan masa tambahan, dan akhirnya mematahkan sayap Garuda Muda Indonesia melalui tendangan terakhir Baddrol Bakhtiar yang menggegarkan jaring gol Indonesia di babak tendangan penalti (dengan keputusan 4-3), menjadikan keputusan penuhnya 5-4.
Sesungguhnya kemenangan manis pasukan Harimau Muda Malaysia ini merupakan kebijaksanaan penggarapan strategi permainan dan pengawalan fikiran-emosi-ketahanan fizikal yang tinggi dalam menyerap tekanan berterusan yang dibawakan pemain dan penyokong pihak lawan. Strategi sebilangan pemain lawan mencuba mempengaruhi pandangan atau meraih simpati pengadil (untuk memperoleh tendangan percuma atau tendangan penalti ketika di hadapan pintu gol Malaysia) melalui aksi sumbang mereka ternyata tidak menjadi.
Sesungguhnya juga pertembungan Harimau-Garuda ini mengajar kita bahawa ketaksuban itu tidak wajar hadir dalam menyanjung kehebatan pasukan sendiri hingga memperlekeh pasukan lawan. Kemenangan berterusan di peringkat awal, apatah lagi dengan jaringan yang banyak, bukan sangat petanda kehebatan sesebuah pasukan. Pasukan Vietnam, Myanmar dan Indonesia telah membuktikannya. Bukankah bola itu bulat dan padang bola itu sama ratanya untuk semua pasukan yang bertembung? Usah berlagak sombonglah.
Sekalung penghargaan kepada Ong Kim Swee (Ketua Jurulatih), Baddrul Bakhtiar (kapten), Khairul Fahmi Che Mat (penjaga gol) dan semua pegawai serta pemain Harimau Muda kerana menjadikan perlawanan akhir kali ini amat mengasyikkan. Kalian membuktikan kematangan dan kebijaksanaan untuk layak bergelar juara.
Sekali lagi, syukur Alhamdulillah, tahniah dan terima kasih Harimau Muda!
_________________________
- SEORANG AKU
Myths on Mother Tongue Education
Salam hormat,
Artikel berikut ini dipetik daripada blog KEMBARA BAHASA dan diperturunkan untuk perkongsian bersama.
_______________
- SEORANG AKU
———————————————————————–
Myths on Mother Tongue Education
[Ihsan daripada Imran Mustafa dalam Nota Buku Wajah (Facebook) beliau]
In the name of God, most Gracious, most Merciful,
The following is an excerpt from a 2004 UNESCO document by Carole Benson entitled “The importance of mother tongue-based schooling for educational quality” that concerns the myths surrounding the usage of a mother tongue in education,
Note:
L1 = Mother tongue language
L2 = Foreign language“Mother tongue-based bilingual schooling is seldom disputed on the basis of its pedagogical reasoning, and if decision-making were to be based solely on how to provide the highest quality education for the learner many more of the world’s languages would be used in education today. The structural challenges to implementation related to political decision-making have just been discussed; this section begins with some widely believed myths, then takes up more practical aspects of implementation.
The following myths and attitudes are regularly used to challenge use of mother tongues in education, yet their false arguments are easily revealed:
♦ The one nation—one language myth. The colonial concept that a nation-state requires a single unifying language has influenced policy-makers in many parts of the world, yet imposition of a so-called “neutral” foreign language has not necessarily resulted in unity, nor have relatively monolingual countries like Somalia, Burundi or Rwanda been guaranteed stability. In fact, government failure to accept ethnolinguistic diversity has been a major destabilizing force in countries like Bangladesh, Pakistan, Myanmar and Sri Lanka (Ouane 2003).
♦ The myth that local languages cannot express modern concepts. Another colonial concept is the supposed inherent worth of European languages in contrast to others, but all human languages are equally able to express their speakers’ thoughts and can develop new terms and structures as needed. Léopold Senghor once illustrated this by translating Einstein’s Theory of Relativity into Wolof, a lingua franca of Senegal. The difference lies in which languages have historically been chosen for “intellectualization,” or development, through writing and publishing (Alexander 2003).
♦ The either-or myth. This myth holds that bilingualism causes confusion and that the first language must be pushed aside so that the second language can be learned. The research evidence to date shows the opposite to be true: the more highly developed the first language skills, the better the results in the second language, because language and cognition in the second build on the first (Cummins 1999, 2000; Ramirez et al. 1991; Thomas & Collier 2002). Further, there is no evidence that the L2 must be a medium of instruction to be learned well; countries like Sweden achieve high levels of L2 competence by teaching it as a subject and preserving the L1 for instruction.
♦ The L2 as global language myth. The foreign L2 is often seen as necessary for further education, work and other opportunities, yet as Phillipson (1992) points out this has not happened in a political vacuum but is the result of deliberate promotion by powerful countries or groups of their respective languages. Meanwhile, employment in the informal sector of low-income countries involves 50 percent or more of the population and is increasing, and primary schooling is still terminal for most. The vast majority will not be integrated into the global marketplace and will have little use for the L2 (Bruthiaux 2002).
♦ The myth that parents want L2-only schooling. The poorest and most marginalized are acutely aware that their access both to education and to the high-status language has been limited, and they have a right to expect the school to teach their children the same language that has benefited the elite. Undoubtedly parents will choose the L2 when presented with an either-or proposition; however, studies (see e.g. Heugh 2002) have shown that when parents are allowed to make an educated choice from appropriate options, they overwhelmingly opt for bilingual rather than all-L2 programs, and most bilingual program evaluations report high levels of community support (CAL 2001).
The attitudes reflected by these myths provide a background for understanding other more practical challenges of implementing mother tongue-based bilingual schooling.”
Section 2.2 from
http://unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146632e.pdfGod knows best.
~Kembara Bahasa~
31 Oktober 2011/4 Zulhijah 1432
Polemik PPSMI: Berikan Laluan Kepada MBMMBI
Salam hormat,
Ada pihak macam gila talak dengan pemansuhan PPSMI. Mereka mahu PPSMI dikembalikan semula atau sekolah diberikan kuasa autonomi untuk memilih – melaksanakan PPSMI atau MBMMBI. Lalu didatangkan kajian mereka sendiri untuk mengesahkan kebenaran dakwaan mereka. Lalu diupayakan petisyen secara online melalui laman web dan blog penyokong-penyokong mereka untuk meraih sokongan rakyat. Lalu didatangkan idea untuk dibuat referandum di kalangan rakyat untuk menyokong kebenaran dakwaan mereka. Dan sudah ada suara sumbang yang mengaitkan desakan itu dengan peti undi dalam PRU ke-13 sekiranya kerajaan tidak memenuhi keinginan mereka.
Mereka seolah-olah mahu sekolah di negara ini boleh diurus mengikut selera dan telunjuk pihak berkepentingan atas nama kehendak majoriti ibu bapa atau rakyat.
Demikian hebatnya desakan mereka. Demikian taksubnya mereka dengan bahasa Inggeris. Demikian ghairahnya mereka dengan kepentingan masadepan anak bangsa, hanya melalui P&P Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, kononnya.
(ii)
Apabila PPSMI diperkenalkan, ramai yang menentangnya. Ini menyangkut soal dasar bahasa kebangsaan, dan sistem pendidikan negara. Tapi, PPSMI diteruskan juga, dan takada pula upaya berbaur ugutan kepada kerajaan untuk memenuhi kehendak penentang PPSMI. PPSMI diberikan ruang untuk diteruskan, dan dikaji kelangsungannya.
Sekarang kerajaan yang sama, dengan kepimpinan yang berbeza, melalui Kementerian Pelajaran khususnya, telah memutuskan untuk menamatkan PPSMI dan melaksanakan gagasan MBMMBI. Maka berikan ruang dan peluang untuk MBMMBI berlangsung dan membuktikan keupayaannya.
Mengapa mesti disanggah sedemikian rupa? Usah jadikan agenda peribadi sebagai agenda nasional. Apatah lagi kalau mengaitkannya dengan peti undi. Soal menggunakan peti undi sebagai tanda protes amat tidak relevan kerana peti undi itu bukan milik penyokong PPSMI saja. Itu bukan tindakan bijaksana. Berkemungkinan juga hal sebaliknya boleh berlaku (sekiranya PPSMI diteruskan atau dijadikan pilihan setelah diputuskan untuk tidak diteruskan).
Menteri Pelajaran telah menegaskan pendirian kerajaan tentang pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan MBMMBI. Hormati keputusan itu. Serahkan saja soal pendidikan kepada pihak yang arif dalam pendidikan.
Kepimpinan politik negara juga sewajarnya bertegas, sebagaimana ketegasan ketika melaksanakan PPSMI dulu. Ketidaktegasan dan membenarkan campurtangan orang politik berkepentingan atau pihak-pihak yang cenderung mempolitikkan isu ini akan hanya mengeruhkan keadaan dan lebih memburukkan imej kerajaan sendiri.
(iii)
Tulisan tentang PPSMI banyak juga ditemukan di blog KEMBARA BAHASA.
Ini tulisan saya kali ke empat tentang PPSMI.
- PPSMI : Hanya Mengembalikan Yang Hak
- Isu PPSMI Lagi : Usah Cakap Tak Serupa Bikin
- PPSMI : Berikan Noktah untuk Polemik Ini
Sebagaimana kata Pengerusi GPMS Kedah, polemik PPSMI hanya membuang masa [DI SINI], semoga kita kembali waras daripada cengkaman ketaksuban terhadap kemajuan kosmetik sebuah negara berdaulat dan merdeka.
_____________________
- SEORANG AKU
Hidup Sungguh Sangat Sederhana
Salam hormat,
Dalam novel Rumah Kaca karya Pramoedya Ananta Toer, ditemukan ungkapan “Hidup sungguh sangat sederhana. Yang hebat-hebat adalah tafsirannya”.
Memanglah menjadi tabiat sebilangan manusia untuk gemar membesar-besarkan perkara yang kecil dan merumitkan keadaan. Yang mudah diberikan nafas baru hingga menjadi sukar. Kesederhanaan boleh berubah menjadi ruwet dan complicated. Tanyalah cikgu-cikgu di sekolah. Sesuatu arahan atau tugasan yang pada mulanya mudah boleh bertukar menjadi sukar apabila ditangani dan diturunkan pihak tertentu kepada pihak pelaksananya. Mungkin kerana salahtafsir, mungkin kerana khilaf pemahaman atau mungkin saja disengajakan (untuk kelihatan berat, penting dan hebat) atau disensasikan untuk tujuan tertentu.
(ii)
Pernahkah anda tercari-cari sesuatu yang ada atau sepatutnya ada (dalam simpanan) tetapi tidak menemukannya apabila tiba-tiba amat diperlukan? Tanpanya kerja menjadi terganggu dan kita mungkin tenggelam punca untuk menyelesaikan kerja dalam batas waktu yang ada.
Atau, kita memiliki terlalu banyak koleksi objek (yang kita sukai kerana nilai sentimentalnya) sebagaimana juga kita menyimpan pelbagai fail dalam pelbagai folder di komputer hingga kita kewalahan menguruskannya, atau mungkin kehilangannya tanpa disedari?
Kerencaman dan kesibukan tugas harian memang sering menyebabkan kita tenggelam di tengah-tengah himpunan pelbagai objek – pelbagai bahan bacaan dan dokumen rujukan (buku, risalah, majalah, katalog, surat, sijil, fail dsb) dan pelbagai peralatan yang menyokongnya (disket, pen drive, pita rakaman, vcd/dvd, pena dsb) yang kadang-kadang kita tebarkan entah di mana-mana di rumah atau di pejabat kita.
Kita hanya mencarinya apabila kita memerlukannya. Dan kita meyakini bahawa kita akan menemukannya apabila kita memerlukannya. Tapi, keadaan itu rupanya tambah merumitkan kita saja.
Hidup ini penuh dengan pilihan. Jika kita kerap berdepan dengan situasi tersebut, mungkin sudah sampai masanya untuk kita membuat pilihan. Memilih untuk memilih yang benar-benar kita perlukan dan sayangi, dan berpisah dengan yang tidak sangat kita perlukan, meski juga menyayanginya. Memilih untuk menjadi selektif dan tidak sangat terpesona atau terperangkap dengan sentimental value yang kadang-kadang membebankan. Memilih untuk menjadi sederhana. Inilah juga cermin nilai kebijaksanaan daripada suatu fragmen kesederhanaan – tidak berlebihan dan tidak berkurangan.
Artikel daripada blog zehhabits berikut ini mungkin dapat membantu : The Four Laws of Simplicity, and How to Apply Them to Life.
(iii)
“Simplicity is the ultimate sophistication”, demikian sebuah ungkapan popular Leonardo da Vinci, kutemukan dalam tulisan berjudul Teh O Nipis Kurang Manis (blog www.miorazli.com).
Menarik ceritanya. Bacalah. Meski dalam perspektif berbeza, kisah itu mengajar kita tentang banyak nilai positif, termasuklah social intellegent, amalan membaca dan sesuatu yang nampaknya mudah tapi hebat sebagaimana diungkapkan Leonardo da Vinci itu.
______________________
- SEORANG AKU
Kegemaran Berunjukrasa : Tuntutan Realiti vs Halusinasi
Salam hormat,
Perasaan. Banyak orang mudah ikut perasaan, tidak kira siapa – daripada anak kecil kepada yang sudah tua. Tak kiralah juga apa perasaannya – daripada gembira atau sedih kepada merajuk, marah, atau takpuas hati. Itu lumrah manusia.
Namun lumrah juga bahawa semakin meningkat usia, semakin banyak yang kita pelajari tentang perasaan, termasuk kemahiran (atau kebijaksanaan) mengawal perasaan. Apalagi ketika berada di lingkungan keluarga dan di tempat kerja. Tanpa kemahiran itu, suasana perhubungan menjadi tidak harmonis, komunikasi menjadi hambar dan kalau di tempat kerja, mampu menjejaskan prestasi pekerjaan.
Yang paling mendapat tempat (perhatian), menjadi isu dan tidak disenangi banyak pihak daripada senarai perasaan tidak terkawal ialah perasaan tidak puas hati dan marah. Bayangkanlah kalau pekerja tidak puas hati dan marah dengan majikannya. Atau rakyat marah dengan pemerintah negaranya. Harubiru dibuatnya. Ditambah pula dengan keperluan zaman moden ini yang mengajarkan kita satu lagi pendekatan untuk meluahkan perasaan. Kali ini diluahkan secara beramai-ramai. Namanya, demonstrasi atau tunjukperasaan. Atau kalau ikut istilah jiran kita di seberang – unjukrasa. Dan yang paling popular ialah demonstrasi jalanan.
Pelik juga memikirkan ketaksuban manusia moden terhadap demokrasi dan hak asasinya. Dengannya aspirasi kebebasan bersuara untuk menuntut keadilan, menegakkan atau mengembalikan hak rakyat, dan menjayakan misi reformasi diperjuangkan bermati-matian. Antara medium popular dan mudah dikendalikan ialah berunjukrasa atau berdemonstrasi.
(ii)
Di rumah, kami dapat menonton siaran televisyen tiga negara – Malaysia, Singapura dan Indonesia. Maka saban hari aku turut menonton siaran SCTV dan RCTI dari Indonesia. (Ada tiga lagi saluran lainnya tapi jarang mendapat perhatianku). Banyak rancangan menarik di situ, termasuklah beritanya.
Antara berita yang kerap memancing perhatianku tentulah berita tentang unjukrasa. Unjukrasa boleh dianggap sinonim dengan Indonesia. Unjukrasa membudaya dalam denyut nadi kehidupan rakyatnya, sesuai dengan sistem demokrasi pilihan mereka. Boleh dikatakan unjukrasa berlaku hari-hari di sana, yang kadang-kadang berubah polanya daripada unjukrasa aman kepada yang berunsur keganasan (anarkis) hingga sulit diamankan pihak penguasa keselamatannya.
Apa saja boleh menjadi punca unjukrasa, yang juga boleh mengarah kepada kejadian bentrokan atau tawuran – daripada isu ketidakpuashatian kepada pemerintah hingga kepada hal-hal biasa dalam masyarakat seperti kenaikan harga barang, kemalangan jalanraya, perselisihan faham antara warga kampus atau desa, tidak puas hati dengan pengadil di gelanggang sepakbola, dan sebagainya.
Pernah kuungkapkan pandangan tentang hal sedemikian dalam sebuah puisi berjudul “Hari Hari Bentrokan” (di blog RumahBambu KITA).
Secara perbandingan, di Singapura, sukar benar untuk kita mendengar berlakukan peristiwa demonstrasi ini. Dan di negara kita, demonstrasi bersifat musiman, bergantung kepada isu besar di peringkat nasional atau global. Cuma BERSIH dan BERSIH 2.0 yang nampaknya melibatkan peserta yang besar jumlahnya. Cuma kecenderungan untuk menjadikan demonstrasi jalanan sebagai wadah luahan tidakpuas hati dan amarah, atau mekanisme memburukkan kerajaan, kelihatan mula mengghairah dalam kalangan politikus pembangkang dan NGO tertentu.
(iii)
Pagi kelmarin aku menatap berita berkaitan peristiwa demonstrasi di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dengan senyum hambar kerana meyakini bahawa unjukrasa itu memang tidak memiliki kekuatan alasan munasabah untuk berunjukrasa. Malaysia didakwa melakukan pencerobohan ke atas wilayah sempadan Indonesia. Mengarut sungguh. Itu cuma sentimen kegilaan berunjukrasa.
( Baca di Utusan Malaysia Online 18 Oktober 2011. Judulnya “Dakwaan orang berhalusinasi” )
Berunjukrasa atau berdemonstrasi, apakah itu tuntutan realiti atau paksaan halusinasi? Itu persoalan yang bermain-main di benakku ekoran kenyataan Drs. Ramadhan Pohan, Penolong Setiausaha Agung Parti Demokrat berhubung peristiwa unjukrasa di Kedutaan Besar Malaysia itu.
Memang sukar diragukan bahawa dalam kebanyakan demonstrasi, banyak yang terlibat itu hanyalah pak turut yang sengaja didatangkan atau dibayar atau yang sanggup didominasi akalsihatnya dan dikendalikan emosinya oleh sekumpulan kecil manusia bergelar pemimpin rakyat yang berghairah mengatasnamakan demokrasi dan hak asasi manusia, dengan menjaja perjuangan yang didakwa untuk kepentingan rakyat banyak, meskipun akalsihat kita kerap mengatakan bahawa ada kepentingan peribadi tersembunyi di situ. Namakan saja niatnya – membina pengaruh, atau membunuh perwatakan kepimpinan sedia ada, atau mencari nama dan populariti, atau mengejar publisiti? Atau himpunan kesemua niat tersebut.
Dan dalam keghairahan merealisasikan niat tersirat itu, rupanya halusinasi memiliki tempatnya yang tersendiri. Ada pemimpin (kecil dan besar) yang rela berbohong dan sanggup merekayasa pelbagai alasan dengan pelbagai dakwaan (tuduhan atau tohmahan) yang belum dipastikan kebenarannya semata-mata untuk menghalalkan tindakannya menganjurkan gerakan unjukrasa di jalanraya. Menjadi beban tugas pihak tertuduh pula untuk membuktikan bahawa dakwaan itu sesungguhnya khilaf dan tidak berasas.
Inilah yang aku rasakan apabila mendepani berita peristiwa berunjukrasa. Setidak-tidaknya dalam konteks demonstrasi di Malaysia.
________________________
- SEORANG AKU

















antar bicara